Ahad, 22 April 2018

[SOLVED] Flashing Question Mark iMac 21.5 inch Mid 2010 | OKCSJB


(Kedai Repair Laptop JB) | OKCSJB

Hari ini kami ingin kongsi kan masalah iMac 21.5 Inch Mid 2010 "Keluar Paparan Tanda Soal Berkelip Kelip"

Ya, ini yang kami maksudkan

Anda pernah hadapi masalah yang sama? Kebiasaan nya terdapat beberapa masalah jika mac anda mengeluarkan paparan "Tanda Soal Berkelip Kelip" antaranya

* OSX anda sedang di update menggunakan internet dan secara tidak sengaja anda telah mematikan proses update yang masih belum selesai

* Harddisk anda sudah rosak atau tidak detect

* Kabel Harddisk anda sudah rosak (kerap berlaku pada model Macbook)

* OS X anda bermasalah

Setelah kami menerima imac 21.5 inch mid 2010 dengan masalah "Question Mark" kami terus membuat troubleshoot


Kes kali ini hard disk nya sudah rosak (Hard Disk tidak detect)
Setelah berbincang dengan pelanggan bersetuju untuk terus upgrade ke SSD (Solid State Drive) Samsung Evo 850 250GB 

Ini lah dia SSD yang digembar gemburkan,  laju, effisien dan anti shock proof
Seterusnya kami pun melakukan proses mengeluarkan Hard Disk asal dan gantikan dengan "SSD Samsung Evo 850 250GB"

Sambil sambil nak buka bersihkan dulu habuk pada imac ini

* Untuk pengetahuan, saiz Hdd asal iMac 21.5 inch 2010 ialah jenis 3.5 Sata (HDD PC) manakala SSD pula jenis 2.5 Sata (Lebih kecil berbanding saiz Hdd asal) dan boleh masuk pada macbook pro sehingga model tahun 2012 serta laptop biasa yang mempunyai port sata

Kami Menggunakan Bracket Bagi Memastikan SSD anda Dipasang Dengan Baik Dan Kukuh
Ada sesetengah kes, kami terima imac yang hanya menggunakan "Double Side Tape" ketika dihantar kepada kami

Jika anda pemilik imac sehingga Tahun 2011, sila pastikan bracket ini dipasang ketika proses pemasangan SSD

Hasil Setelah Pemasangan SSD + Bracket
Selesai proses pemasangan baru kita boleh buat proses "install osx, kebiasaanya kami akan rekomen osx yang sesuai untuk mac anda tetapi anda masih boleh memilih osx yang anda mahu
Proses install OS X
Setelah OSX selesai di "install" pasang semula "glass" hadapan dan masuk kan beberapa software basic kemudian kita akan trim kan SSD anda supaya imac anda lebih wow

Soalan pertama pelanggan ini masih berbaloi kah untuk upgrade model 2010 pada tahun 2018?

Setelah beliau merasai sendiri kelajuan ssd ini beliau mampu tersenyum sambil berkata "you did great job"

Kami baiki laptop, imac dan macbook
Jika anda menghadapi masalah yang sama atau ingin upgrade ke ssd boleh datang ke kedai repair laptop jb | OKCSJB

"No fix No fee"




Rabu, 11 April 2018

[Solved] Upgrade SSD Macbook Retina A1502 Early 2015 ke NVME SSD | Repair Macbook Johor Bahru

Macbook Pro Retina A1502 Early 2015 NVME Upgrade | OKCSJB (Kedai Repair Macbook Johor Bahru)


Ini adalah kelajuan hasil daripada upgrade "Stock SSD Apple" ke Samsung 960 Evo NVME SSD

Laju bukan? Okay kami nak kongsi kan kali ini kami dapat satu kes dimana Macbook ini semasa dihantar kepada kami mengalami masalah "no entry sign" Ya selalu nya simbol ini bermaksud osx tiada atau sudah "corrupted" 

Jadi kami pun ambil langkah untuk format melalui external usb tetapi gagal! Sebab apa?
Nah SSD asal macbook ini sudah rosak dan tak detect!

Wah bukan murah ssd ni, boleh beli laptop used yang bagus, hmm

Setelah berbincang dengan tuan macbook ini setuju untuk Upgrade Macbook Pro Retina A1502 Early 2015 beliau kepada NVME Samsung 960 Evo

Untuk memulakan proses upgrade ini agak rumit kerana bukan semua macbook boleh pakai SSD jenis NVME ini

Antara barang yang perlu ada "Converter SSD asal ke NVME"


Haa ini lah dia rupa Samsung 960 Evo NVME SSD + Adapter NVME Converter

Dah ada converter? Tenang ini baru langkah awal, bukan semua Kedai Repair Macbook Di Jb ada jual converter ini, jangan risau kami ada untuk pastikan anda ceria semula

Kemudian kami pun buat proses pemasangan pada Macbook Pro Retina A1502 Early 2015 ini


Beginilah keadaan NVME setelah siap di masukkan pada Macbook Pro Retina A1502 Early 2015

Bila dah siap masuk NVME ini tidak semudah yang di sangka sebab NVME ini bukan jenis "pnp" pada Macbook Pro Retina A1502 Early 2015

Kami perlu lakukan "configure" untuk memastikan NVME SSD ini detect pada macbook ini


Kami menggunakan ubuntu untuk mengeluarkan partition pada NVME
Setelah partition berjaya dikeluarkan baru kami boleh install OSX High Sierra, ingat ya NVME hanya support bermula dari OSX High Sierra kerana partition "APFS" telah menggantikan partition yang lama "Mac os x Journaled"


Akhirnya kami berjaya upgrade Macbook Pro Retina A1502 Early 2015

Siapa yang sesuai untuk tukar dan upgrade kepada NVME SSD ini?
Anda yang menghadapi masalah di bawah ini

* SSD Asal yang sudah "kong" dan tidak detect
* Storage anda yang terlalu kecil

NVME terhad kepada beberapa model sahaja antara yang bertuah Macbook Pro Retina tahun 2013, 2014 dan 2015 untuk 13 inch dan 15 inch

Kat mana nak upgrade Samsung 960 Evo NVME ni?
Boleh datang ke Kedai Repair Macbook JB (OKCSJB)